Blogger Layouts

~ love do last forever ~

~ love do last forever ~

August 21, 2011

~ Kisah Nabi Sulaiman a.s.: Siapakah Al-Rihil Ahmar? ~



Telah diberitakan bahawa Nabi Sulaiman a.s. pada suatu hari sedang duduk di atas takhta kerajaannya dihadapi oleh manusia, jin-jin dan binatang-binatang. Baginda sedang membicarakan dan menghukumkan antara mereka itu. Lalu datanglah padanya perasaan 'ujub' (besar diri) dan ia pun berkata di dalam hatinya, "Adakah sesuatu makhluk yang Allah Taala telah jadikan yang tidak ditundukkan-Nya kepadaku?"


Tiba-tiba seketika itu juga datanglah suatu makhluk (yang berupa manusia) besar panjang badannya lagi hebat dan dahsyat rupanya dengan keluar api bernyala-nyala darinya. Maka terkejutlah Nabi Sulaiman a.s. melihat akan dia serta menggeletar.


Kemudian baginda pun bertanya, "Hai engkau yang besar bangsa api, siapakah engkau dan siapa nama engkau dan apakah sebab engkau datang ke mari?"




Jawabnya, " Aku bernama Al-Rihil Ahmar iaitu suatu penyakit yang amat besar antara penyakit-penyakit. Allah s.w.t. menjadikan aku sebagaimana rupa ini dan diberiNya aku kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam dan Hawa. 


Aku boleh melalui di dalam tubuh manusia sebagaimana darah boleh melalui di dalamnya hingga aku boleh meresap ke sendi-sendi dan urat-uratnya. Apabila Allah Taala berkehendak memberi azab kepada sesiapa antara makhluk ia pun memberi kuasa kepada aku masuk kepadanya.


Jika aku masuk ke dalam otaknya maka hilanglah akalnya dan jika aku masuk menerusi hidungnya nescaya aku zahirlah berupa penyakit bengkak-bengkak dan sembab-sembab dan seterusnya hingga aku binasakan segala anggotanya."


Manakala Nabi Sulaiman a.s. mendengar akan perkataan makhluk itu maka baginda pun menitahkan mereka di sekelilingnya supaya membunuh dan membakar makhluk tersebut.


Al-Rihil Ahmar itu pun berkata, "Tiada kuasa sekali-kali pun boleh membuat demikian kerana Allah s.w.t. telah menjadikan aku dan melanjutkan umurku."


Kemudian ia pun ghaiblah daripada majlis Nabi Sulaiman a.s. itu.
(Sumber : Buku Jin Hakikat & Pengubatan oleh Ustaz Ismail Kamus)


Berikut adalah doa untuk mengelakkan penyakit angin ahmar yang boleh diamalkan :-


DOA MENGELAKKAN PENYAKIT ANGIN AHMAR (PENDEK/RINGKAS)


اللهم ٳﱐ أَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسوﰱ الجسم 


برحمتك  وَالرُّوْحِ الجسد ساﺋر وﰱ اﻷشعار وﰱ الْجِلْدِ وﰱ الْعَرُوْقِ وﰱ اللَّحَمِوﰱ وﰱالْعِظَم وﰱ


  ياارحم الراحمين 


Ya Allah, sesuangguhnya aku berlindung denganMu daripada al-Rih al-Ahmar (angin Merah) dan penyakit yang besar (daripada berada) dalam diri, tubuh, tulang, daging, urat-urat, kulit, bulu, dan seluruh jasad dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ آلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ


Ya Allah lindungilah aku daripada semua kesakitan dan penyakit, juga daripada semua penyakit dan kecacatan dan darah hitam. Ya Allah  lindungilah aku daripada penyakit yang besar dan ar-Rih al-Ahmar dan darah yang kuning dan daripada kesemua kesusahan dan penderitaan dan penyakit strok dan daripada berdukacita, kerisauan dan kesedihan dan daripada terpenjara (disebabkan penyakit-penyakit tersebut).




No comments:

Post a Comment