Blogger Layouts

~ love do last forever ~

~ love do last forever ~

December 16, 2011

~ kenapa i ♥ u ~

~teristimewa buat Mohd Ainul Kamal bin Mohamad~


sebab sifat awak yang .... ~
1~ comel & sweet
2~ baik hati
3~ pandai ambil hati mak abah, keluarga & kucing+ayam saya :D
4~ setia
5~ sabar dengan karenah2 saya 
6~ penyayang
7~ suka bagi saya hadiah :)
8~ rajin teman & layan saya
9~ selalu risau tentang saya
10~ tak suka mengumpat/mengata kawan2 saya & kawan2 awak 
11~ terima kekurangan saya dengan baik & terima diri saya seadanya
12~ memahami saya dengan baik
13~ jarang merajuk dengan saya (sebab saya tak pandai pujuk hu3)
14~ tak buat saya selalu risau & sedih
15~ sangat2 fun & sporting :)
16~ seperti kawan baik saya
17~ tetap dengan saya tak kira apapun yang berlaku
18~ pandai layan saya
19~ ada di sisi saya bila saya bermasalah, sedih & sakit
20~ utamakan keluarga lebih2 lagi ibu awak yang tersayang :)




saya suka awak sebab....~
1) seronok bergurau dengan awak
2) awak tak kisah dating kat kompleks sukan n lepak2 makan & sembang2 berjam2 kat situ :) layankan je!
3) awak ingat segala-galanya tentang saya, habit saya, biodata saya... :)
4) saya bebas nak beritahu awak apa2 pun & awak terima dengan baik without menilai
5) hari2 tanya saya dah makan? sihat ke?
6) bila saya sakit, awak teman saya & suruh saya makan ubat + tidur awal. kalo teruk, pergi jumpa doktor! hu3~ 
7) masa saya masuk wad, awak tak dapat datang ziarah saya..tapi awak layan saya 24 jam mesej2 & call..~ 
8) saya kata awak kena tunggu saya pukul 7:30pagi, saya kene pergi hospital. tapi awak sampai lebih awal :) yang kelakarnya, sebelum subuh dah bertolak sebab tak nak saya miss appoinment dengan doktor :D ~ LOL
9) setiap kali nak dating, awak sanggup datang dari jauh untuk jumpa saya..awak tak pernah mengeluh walaupun saya tak dapat datang ke tempat awk..~sebab mak abah tak izinkan & awak nak saya dengar cakap mak abah :) 
10) awak tak pernah miss bagi saya hadiah setiap kali dating..~ ada2 je barang yang awak bagi walaupun saya jarang bagi awak hadiah..awak kata, tak payah susah2 bagi hadiah, awak ok je :) ~ (p/s: antara sebab saya excited nak jumpa awak sebab saya tak sabar nak tengok apa hadiah untuk saya :D. bila saya nak bagi awak hadiah, saya ambil masa berjam2 nak pilih hadiah dekat kedai hu3..)




sebenarnya, terlalu sebab kenapa saya ♥ awak.. di antara semua di atas, yang paling baik tentang awak adalah awak jaga janji2 awak dengan saya baik2, awak tak tinggal solat & solat awal waktu :)..awak utamakan keluarga dan.. sampai sekarang, awak jaga janji yang pertama antara awak dengan saya masa kita baru2 berkawan..iaitu awak takkan minta perkara2 yang bukan2 dengan saya..awak jaga batas & kehormatan kita dengan baik.


terima kasih untuk segala-galanya sayang...~ 


gambar kita berdua yang pertama :)






November 27, 2011

~ Definisi Cinta Sejati~

Kata orang, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita kena lepaskan dia..
bagi saya, saya hanya akan lepaskan dia bila dia mencintai seseorang lebih dari saya..& saya akan pastikan orang yang dicintainya juga cintakan dia..dengan itu, saya akan dapat lepaskan dia dengan hati yang tenang sebab saya pasti dia akan bahagia. 


Tetapi, jika orang yang dia cintai tidak mencintai dia, saya tidak akan sekali-kali membenarkan dia pergi sebab saya tak nak hati dia lebih terluka.. bukankah memegang dia dengan sungguh-sungguh juga satu cinta juga?. Inilah definisi cinta sejati bagi saya...bila dia bahagia, saya juga akan bahagia.


Jika dia juga teramat mencintai saya seperti saya cintakan dia, saya pasti akan lebih bahagia  & saya akan pastikan dia lebih bahagia juga :). 

August 21, 2011

~ Hari Raya Para Malaikat ~



Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niatmu di dalamnya."


Hadith dari Usamah r.a. berkata, " Ya Rasulullah s.a.w., aku tidak pernah melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan-bulan ini seperti puasa dalam bulan Syaaban." 




Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai Usamah, itu adalah satu bulan yang kebiasaannya manusia lengah darinya antara Rejab dan Ramadan. Syaaban adalah satu bulan yang di dalamnya diangkat segala amal kepada Tuhan seru sekelian alam (Allah s.w.t), maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan puasa."




Dikatakan bahawa sesungguhnya malaikat-malaikat di langit memiliki dua malam hari raya, sebagaimana orang-orang Islam di bumi memiliki dua hari raya.


Hari Raya bagi para malaikat ialah :-

  1. Pada malam Bara'ah iaitu malam nisfu Syaaban 
  2. Malam Lailatul Qadar 
dan hari raya bagi umat Islam di bumi ialah pada :- 
  1. Hari Raya Aidil Fitri 
  2. Hari Raya Aidil Adha.
As-Subki dalam tafsirnya menyatakan, "Sesungguhnya malam Nisfu Syaaban itu menutup dosa-dosa setahun, malam jumaat menutup dosa seminggu dan malam Lailatul Qadar menutup dosa seumur hidup."

(Sumber: Buku Himpunan Kisah-Kisah Para Malaikat oleh Muhammad Isa Selamat)

~ Kisah Nabi Sulaiman a.s.: Siapakah Al-Rihil Ahmar? ~



Telah diberitakan bahawa Nabi Sulaiman a.s. pada suatu hari sedang duduk di atas takhta kerajaannya dihadapi oleh manusia, jin-jin dan binatang-binatang. Baginda sedang membicarakan dan menghukumkan antara mereka itu. Lalu datanglah padanya perasaan 'ujub' (besar diri) dan ia pun berkata di dalam hatinya, "Adakah sesuatu makhluk yang Allah Taala telah jadikan yang tidak ditundukkan-Nya kepadaku?"


Tiba-tiba seketika itu juga datanglah suatu makhluk (yang berupa manusia) besar panjang badannya lagi hebat dan dahsyat rupanya dengan keluar api bernyala-nyala darinya. Maka terkejutlah Nabi Sulaiman a.s. melihat akan dia serta menggeletar.


Kemudian baginda pun bertanya, "Hai engkau yang besar bangsa api, siapakah engkau dan siapa nama engkau dan apakah sebab engkau datang ke mari?"




Jawabnya, " Aku bernama Al-Rihil Ahmar iaitu suatu penyakit yang amat besar antara penyakit-penyakit. Allah s.w.t. menjadikan aku sebagaimana rupa ini dan diberiNya aku kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam dan Hawa. 


Aku boleh melalui di dalam tubuh manusia sebagaimana darah boleh melalui di dalamnya hingga aku boleh meresap ke sendi-sendi dan urat-uratnya. Apabila Allah Taala berkehendak memberi azab kepada sesiapa antara makhluk ia pun memberi kuasa kepada aku masuk kepadanya.


Jika aku masuk ke dalam otaknya maka hilanglah akalnya dan jika aku masuk menerusi hidungnya nescaya aku zahirlah berupa penyakit bengkak-bengkak dan sembab-sembab dan seterusnya hingga aku binasakan segala anggotanya."


Manakala Nabi Sulaiman a.s. mendengar akan perkataan makhluk itu maka baginda pun menitahkan mereka di sekelilingnya supaya membunuh dan membakar makhluk tersebut.


Al-Rihil Ahmar itu pun berkata, "Tiada kuasa sekali-kali pun boleh membuat demikian kerana Allah s.w.t. telah menjadikan aku dan melanjutkan umurku."


Kemudian ia pun ghaiblah daripada majlis Nabi Sulaiman a.s. itu.
(Sumber : Buku Jin Hakikat & Pengubatan oleh Ustaz Ismail Kamus)


Berikut adalah doa untuk mengelakkan penyakit angin ahmar yang boleh diamalkan :-


DOA MENGELAKKAN PENYAKIT ANGIN AHMAR (PENDEK/RINGKAS)


اللهم ٳﱐ أَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسوﰱ الجسم 


برحمتك  وَالرُّوْحِ الجسد ساﺋر وﰱ اﻷشعار وﰱ الْجِلْدِ وﰱ الْعَرُوْقِ وﰱ اللَّحَمِوﰱ وﰱالْعِظَم وﰱ


  ياارحم الراحمين 


Ya Allah, sesuangguhnya aku berlindung denganMu daripada al-Rih al-Ahmar (angin Merah) dan penyakit yang besar (daripada berada) dalam diri, tubuh, tulang, daging, urat-urat, kulit, bulu, dan seluruh jasad dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ آلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ


Ya Allah lindungilah aku daripada semua kesakitan dan penyakit, juga daripada semua penyakit dan kecacatan dan darah hitam. Ya Allah  lindungilah aku daripada penyakit yang besar dan ar-Rih al-Ahmar dan darah yang kuning dan daripada kesemua kesusahan dan penderitaan dan penyakit strok dan daripada berdukacita, kerisauan dan kesedihan dan daripada terpenjara (disebabkan penyakit-penyakit tersebut).




August 20, 2011

~ Tanda-Tanda Kematian Dalam Islam ~



100 Hari Sebelum Hari Mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 Hari Sebelum Hari Mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Hari Sebelum Hari Mati.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.           


Hari Sebelum Hari Mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Hari Sebelum Hari Mati.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir Kematian
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



~ Kek Chocolate Chips Walnut ~

.. ~ for my sweet hummingbird ~ ..

25.05.2011 yang lepas ialah hari lahir si dia.. 
ingat lagi, masa 04.02.2011 dia datang dari jauh ke rumah saya dengan membawa 3 hadiah :)
inilah kali pertama saya menyambut hari lahir saya bersama seseorang yang bergelar "cinta sejati"..
dia datang tepat pada saat saya sedang bersedih disebabkan kucing tersayang, gegirl mati 2 hari sebelum hari lahir saya :(.. 
kehadiran dia menceriakan hati saya & untuk seketika saya tidak terlalu memikirkan tentang gegirl.. terima kasih syg.. ;)
gegirl masa sihat
gegirl masa sakit teruk
bila tiba hari hari lahir si dia, saya tak dapat pergi ke tempat dia untuk menyambut hari lahirnya..
jadi, saya pun mula menelefon Secret Recipe dan membuat tempahan kek untuk dihantar terus ke rumah dia pada hari lahirnya.. kek yang saya pilih ialah.. 
~ chocolate chips walnut cake ~



katanya, dalam masa 2, 3 hari sahaja kek ni dah habis dimakan oleh dia & ahli keluarganya :)
Alhamdulillah..mujur dia suka kek ni :) inilah kali pertama saya tempah kek untuk orang :). 





~ Cinta Sejati & Cinta Palsu ~


Ramai orang kata, sebelum kita berjaya menemui cinta sejati kita akan mengalami cinta pura-pura beberapa kali sampai kita sendiri dah boleh jadi "pakar memilih pasangan". Bila kawan2 kita putus cinta, kita pun bijak menutur kata memujuk hati lara kawan tersayang..

Bila kita jatuh cinta, apa sahaja kita sanggup lakukan demi melihat pasangan tersenyum. Kadang2, kerana cinta kita sanggup melanggar hukum & larangan dalam Islam seperti berzina, membuka aurat, melakukan kerja2 yang haram asalkan bayaran lebih untuk diberi kepada pasangan kita yang mengalami masalah kewangan yang serius / menanggung beban hutang yang banyak dengan kawan2/bank..dan entah apa lagi alasan dia pada kita. 


Islam telah menggariskan banyak panduan dalam memilih pasangan & mengenal pasangan yang baik atau tak.
Antara ciri-ciri pasangan yang baik adalah :-
  • sentiasa menyuruh kita menutup aurat & menyukai kita memakai pakaian yang sopan
  • mengingatkan kita tentang sembahyang
  • tidak menyebut perkara2 yang boleh menjurus kepada penzinaan dalam perbualan / mesej2
  • bila keluar bersama, dia menjaga had batasan pergaulan & tidak mengajak kita ke tempat2 yang tidak baik
  • apabila kita bersedih / ditimpa dugaan, dia menasihatkan kita supaya bersabar & berusaha menghiburkan hati kita sambil mengingatkan kita setiap yang berlaku ada hikmahnya.. 
  • dia tidak melakukan dosa2 besar seperti minum arak, berjudi, menipu dll
  • dia seorang yang mengamalkan hukum-hakam Islam dalam kehidupan seharian.
Antara ciri-ciri pasangan yang tidak baik untuk kita :-
  • bila berbual / mesej2 dia suka bercakap tentang seks & meminta kita melayan keinginannya.
  • semasa keluar bersama, dia suka menyentuh kita lebih2 di tempat2 yang sensitif. dia juga mengajak kita pergi ke tempat2 yang membolehkan dia melampiaskan nafsunya pada kita seperti hotel.
  • dia suka meminta duit kita dengan pelbagai alasan..bila kita kira2 jumlah duit yang kita dah bagi pada dia, kita sendiri terkejut! 
  • dia tidak menghormati ibubapa & keluarga kita. bukan setakat itu, bila mak ayah tidak mengizinkan kita berjumpa dengan dia, dia akan marah2 dan memburukkan mak ayah kita sambil mengatakan keluarga kita tidak suka pada dia..
  • dia mengambil ringan dengan hukum hakam Islam & melakukan dosa2 tanpa rasa segan.

Selalunya, pasangan yang tidak baik itulah yang mengubah diri kita menjadi sama seperti dia tanpa kita sedar. Oleh itu, apabila memilih pasangan pilihlah seseorang yang memiliki ciri-ciri yang baik akhlaknya. Jika kita secara tidak sengaja berkenalan dengan orang yang berani meminta / menyebut sesuatu yang tidak baik cepat2 lah kita meninggalkan dia sebelum terlambat.. 

Tips memilih pasangan memang banyak tetapi bagi saya, tips terbaik adalah kita menyerahkan kepadaNya nasib kita.. bila kita ingin bercinta, kita berdoa kepadaNya supaya menolong kita membuat pilihan yang diredhaiNya.. hendaklah kita menerima dia seadanya kerana mungkin sekarang kita tidak nampak kelebihan dia berbanding lelaki lain tetapi suatu masa nanti, Allah akan tunjukkan pada kita kenapa dia pilihan terbaik buat kita.. Maha Suci Allah

~ Usaha, Rezeki & Ketetapan Nya ~

Allah s.w.t telah menetapkan rezeki setiap orang di dunia ini. Tak kira apa pun jenis pekerjaan yang dilakukan, rezeki tetap ada untuk manusia itu. Dari yang berpendapatan mewah, sederhana hinggalah seperti "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang"..semuanya telah ditentukan had rezeki masing2. 

Tetapi, kenapa bila kita bekerja dalam satu tempat yang sama seperti di pejabat, pasar malam, pasaraya dll.. ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan kita? tidak suka melihat hasil kerja kita mendapat pujian bos, tidak suka melihat hasil jualan kita mendapat untung yang banyak & sebagainya. 

Macam2 cara digunakan oleh manusia2 yang tidak berpuas hati ini untuk menganiaya orang yang tidak disukai ini demi kepuasan diri, mendapatkan untung lebih, naik pangkat & perhatian dari bos. Memfitnah seseorang, menggunakan khidmat makhluk halus untuk merosakkan perniagaan seseorang memang biasa kita dengar. 


Tetapi, sebenarnya tak kira apa pun yang telah dilakukan, di akhirnya rezeki yang kita dapat tetap mengikut apa yang telah Allah s.w.t tentukan.. segala usaha kita untuk menjatuhkan seseorang itu benar2 adalah sia-sia dan menambahkan dosa. Adalah lebih baik kita berusaha lebih dari biasa sambil memohon kepada Nya agar meluaskan rezeki kita.. Allah s.w.t pasti akan mendengar doa kita dan apabila sampai masanya, Dia akan memakbulkan doa kita..Insya Allah.. 


Yang penting, kena berdoa dengan yakin & bersungguh-sungguh..